Tuesday, 22 October 2013

Salam Perkenalan



Assalamualikum...

Bersyukur kepada Allah dengan izin Nya dan semangat, saya mampu menubuhkan Taska Permata Iman bestari di Subang Jaya.

Bagi memastikan Taska Permata Iman bestari ini lebih berjaya saya telah menetapkan misi dan visi.

VISI

Menjadi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan berkualiti bagi kanak-kanak yang berumur dua bulan hingga empat tahun selaras dengan dasar-dasar yang dirancang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelang tahun 2020.


MISI

Berhasrat dan berusaha membangunkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan yang bersih, selesa, ceria dan selamat yang mampu menyuburkan serta mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi pertumbuhan kognitif , afektif , dan sahsiah.


MATLAMAT

Mencungkil ,  menyuburkan dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan, perkembangan, menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan minat, kebolehan dan peringkat umur kanak-kanak.



Visi dan misi kami ini adalah langkah bagi memastikan bagi menjamin perkhidmatan yang terbaik yang ditawarkan kepada anak-anak yang dihantar ke taska kami.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Puan Nur Nabilla di talian 018 2297 542 untuk keterangan lanjut.

Doakan supaya blog ini menjadi jambatan dalam kami menyampaikan mesej kami dan menghubungkan antara kami dan ibubapa diluar sana.

Sekian.

Admin 
Taska Permata Iman Bestari